Tuesday 20 December 2011

Mengapa anda perlu menyimpan emas?


Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.


Anda perlu menyimpan emas kerana:

1.  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3.  Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4.  Aset yang terunggul
5.  Ia tidak boleh dimanipulasikan


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi melambangkan kekayaan dan kekuasaan dan kejayaan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1.  Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar.
2.  Emas tidak boleh dibinasakan.
3.  Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan
     nilainya.
4.  Ia sukar diperolehi.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda-benda tersebut akan binasa.


1.1 Emas bernilai untuk selama-lamanya.

Salah satu keistimewaan emas yang ialah manusia mengiktirafnya sebagai benda yang berharga. Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk
emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.


6000 tahun yang lalu ketika zaman Mesir purba, emas dijadikan di dalam bentuk jongkong dan digunakan sebagai media pertukaran – menunjukkan emas bernilai dan diterima umum.


2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Ia menunjukkan bahawa ribuan tahun dahulu hati manusia sudah tertarik kepada emas dan menggunakannya sebagai wang.



Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion


Sehingga sekarang hati manusia masih lagi tertarik kepada emas.

Soalan: Adakah emas akan terus bernilai di masa hadapan?


Jawapan terhadap soalan ini terdapat di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23. Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai hadiah.




Di dalam ayat di atas Allah SWT akan memberikan hadiah kepada manusia-manusia yang masuk kedalam syurga. Dengan kata lain Allah SWT pun memilih emas sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak.

Gambar: Kecantikan gelang emas di dunia. Kalau gelang di syurga pasti lebih hebat.



2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Mari kita lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun.

Kenaikan harga emas dalam masa 5 tahun


Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 416.27
USD/Oz kepada USD1353.30 USD/Oz.

Ini adalah kenaikan 225% (bersamaan purata 45% setahun!)


Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 255.95 USD/Oz kepada
USD1353.30 / Oz . Ini adalah kenaikan 428.73% (bersamaan purata 42.87% setahun!).



KAJIAN: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh
Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Harga untuk 1 Oz syiling Kijang Emas pada 18/7/2001 ialah RM1149.00

Pada 13/10/2010 harganya meningkat kepada RM 4443.00

Ini adalah kenaikan sebanyak 287% dalam masa 9 tahun. (purata kenaikan 31.88% setahun)

Sumber: Bank Negara Malaysia:  http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141






No comments:

Post a Comment